Firman Allah SWT

"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."(Ali Imran; 26)

Friday, July 6, 2012


MAKSUD JIHAD DALAM ISLAM

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya: "Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan." (At-Taubah:29)  Allah SWTberfirman: "Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua" (At-Taubah: 36) 
Definisi Jihad: Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada' yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi shari'ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da'wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".

Islam bukan dikhususkan kepada orang Arab sahaja. Allah SWT.berfirman:"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui." (As- Sabak:28)
Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad. Rasulullah saw bersabda: "Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata `La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah'. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab)." Dan Rasulullah saw juga bersabda:"Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya."

Tujuan Jihad :
 Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi'ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa ke seluruh kawasan Daulah Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa' yang seterusnya.

Allah SWT berfirman: "Tidak ada paksaan dalam beragama..." (Al-Baqarah: 256)

No comments:

Post a Comment