Firman Allah SWT

"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."(Ali Imran; 26)

Monday, July 9, 2012

Dimensi Baru Felda


Dimensi baru Felda


SABTU lalu, sahabat saya seperti kebiasaan pulang ke tempat kelahirannya di sebuah tanah rancangan Felda yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur.
Ketika mula-mula masuk ke kawasan tanah rancangan itu, tiada apa yang luar biasa kerana papan tanda besar daripada kayu dengan logo bulan purnama dan latar belakang hijau masih lagi terpacak, walaupun sudah usang dan dipenuhi lumut.
Tetapi apabila sampai ke rumah, dia terkejut besar setelah dimaklumkan bapanya yang merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang telah ke Kuala Lumpur dengan menaiki salah satu daripada tiga bas yang disediakan pengurusan Felda bagi menghadiri majlis perasmian menara baru syarikat itu.
Riak-riak perubahan sikap bapanya, sebenar telah dapat dihidu beberapa minggu lalu semasa pulang ke kampung, apabila bapanya secara tiba-tiba menyebut "Itu duit Najib" apabila dia bertanya tentang ruang tambahan dapur rumah yang sedang dibina.
Duit durian runtuh sebanyak RM15,000 yang diterima para peneroka, isteri dan anak-anak adalah hasil daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) ke Papan Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Dagangan pertama pada tarikh itu turut menyaksikan saham FGV melonjak sebanyak 84 sen kepada RM5.39 sesaham.
Penyenaraian tersebut yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook Inc. serta terbesar di Malaysia sejak 2010 jelas membuktikan bahawa FGV telah memasuki satu dimensi baru untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf global.
Felda menerusi FGV bukan lagi syarikat perladangan biasa yang hanya meneroka tanah untuk penanaman kelapa sawit dan getah sebaliknya telah bertukar menjadi antara 10 syarikat perladangan gergasi dengan pelbagai produk hiliran berasaskan komoditi itu.
Syarikat itu dijangka akan dapat berkembang dengan pesat, apabila wang yang diperoleh daripada penyenaraian itu akan digunakan untuk modal perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan, keupayaan, pembelian ladang, perluasan aktiviti hiliran dan keperluan modal kerja.
Pada sebelah malamnya, kira-kira pukul 8.45 malam, ibu dan adik-adiknya turut terpaku di depan kaca televisyen menyaksikan majlis perasmian Menara Felda baru yang disiarkan secara langsung oleh TV3.
Menara 50 tingkat yang terletak di segi tiga emas di ibu kota dapat disiapkan lebih awal walaupun mengikut perancangan awal hanya boleh diduduki pada 2014.
Reka bentuk menara yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas diilhamkan daripada bentuk biji kelapa sawit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan menara berkenaan memberi jaminan kerajaan akan terus menjana kekayaan Felda bagi memastikan kesenangan peneroka pada masa depan.
Beliau berkata, kewujudan menara di tengah ibu kota menjadi bukti transformasi serta lonPenipuan paling utama pihak sebelah sana (pembangkang) dan 'makhluk perosak' ialah mereka kata Felda akan bankrap jika disenaraikan, tapi mana mungkin organisasi bankrap boleh disenaraikan di bursa sahamjakan berganda badan itu selaras dengan kemajuannya.
Katanya, pembinaan menara itu juga yang turut menerima Anugerah Hartanah Asia Pasifik membuktikan Felda tidak bankrap seperti tohmahan pihak tertentu.
"Kos bangunan ini adalah RM700 juta, tapi hari ini, nilai semasanya adalah RM965 juta. Belum masuk (duduki) sudah untung RM265 juta. Bukankah ini satu keputusan yang menguntungkan," ujarnya.
Mengulas mengenai penyenaraian FGV baru-baru ini, beliau berkata, ia adalah keputusan tepat dan menguntungkan.
"Penipuan paling utama pihak sebelah sana (pembangkang) dan 'makhluk perosak' ialah mereka kata Felda akan bankrap jika disenaraikan, tapi mana mungkin organisasi bankrap boleh disenaraikan di bursa saham," katanya.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan menambah imbuhan kepada para peneroka pada masa akan datang, selain daripada RM15,000 yang diberikan kepada setiap keluarga peneroka seperti diumum baru-baru ini.
Menurut beliau, ini kerana Felda mempunyai dana terkumpul yang banyak serta boleh diagihkan pada bila-bila masa.
"Tetapi kita tunggu dulu, tengok sama ada tuan-tuan dan puan-puan baik kepada kita," katanya secara berseloroh.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penyenaraian FGV dan perasmian menara baru berkenaan, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Shamsudin Osman berkata, semua peneroka perlu bersabar dan memberikan sepenuh keyakinan kepada pentadbiran Felda.
Beliau berkata, mereka juga harus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri yang telah menunjukkan kesungguhannya untuk melakukan transformasi terhadap Felda.
"Ini merupakan sejarah kepada Felda dan dalam tempoh 50 tahun akan datang kita berdoa supaya ia terus maju seperti mana yang diimpikan oleh Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap meminta para peneroka yang propembangkang supaya menilai kembali pendirian mereka.
"Dengan penyenaraian FGV dan perasmian menara baru Felda membuktikan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri telah memberi manfaat kepada peneroka.
"Ini membuktikan tohmahan yang dibuat pihak pembangkang selama ini mempunyai agenda jahat dan tidak benar sama sekali," ujarnya.
Tambah beliau, semua peneroka seharusnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib bagi membolehkannya membawa Felda dan FGV menjadi syarikat konglomerat terbesar dunia.

1 comment:

  1. Terima kasih kerana menyokong PM Najib. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda.

    Amin

    ReplyDelete