Firman Allah SWT

"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."(Ali Imran; 26)

Saturday, July 14, 2012

MELAYU




MELAYU
Alter Terahsia Bangsa Melayu II
Perbezaan pendapat di antara para pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul bangsa Melayu begitu memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teori dikemukan sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.
Dibawah ini adalah sambungan kepada artikel ‘Alter Terahsia Bangsa Melayu’
Selamat membaca
The Lost Fragrance in The Promised Land
“But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife (Keturah)…” (Genesis 25:6 New International Version)
Sehingga ke hari ini,para cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.
APAKAH ERTI SEMUA INI?
Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini.Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam ‘Ark of Covenant’ bangsa misteri ini.
Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.
Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.
J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.
(a) Orang Negrito
Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b) Melayu-Proto
Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
(c) Melayu-Deutro
Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.
Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.
Berasal dari Nusantara
Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.
J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:
(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.
K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.
Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.
Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa “…negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis”.
Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.
Pintu Rahsia
Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.
Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = “Java Man”) yang diperkirakan berusia satu juta tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.
Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.
Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa “Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi” juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.
Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini:
-Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain seperti China,India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa Melayu adalah lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China,India atau Arab.
Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf dan lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di Universiti Sains Malaysia.Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.
Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.
Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.
Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.
Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.
Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:
1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.
Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.


Digital Clock Ornamental Button - Islamic Clock Widget

Digital Clock Ornamental Button - Islamic Clock Widget

Abang dan adik bersetubuh dengan isteri sama



 
Abang dan adik berkongsi isteri yang sama
By KLPOST - Sat Jul 14, 10:39 am
http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/07/a-2-s-n-1-i.jpgIndia – Amar dan Kundan Singh Pundir adalah adik beradik kandung. Amar bekerja sebagai pemecah batu, sedangkan Kundan, abangnya bekerja sebagi petani iaitu pekerjaan warisan orangtua mereka di Himachal Pradesh, India.
Mereka yang berusia dalam 40-an  tinggal bersama. Mereka berkongsi apa saja, rumah, pekerjaan, bahkan berkongsi isteri. “Sudah menjadi tradisi kami sejak awal untuk memiliki keluarga dari lima atau 10 orang. Dua bersaudara dengan satu istri,” kata Kundan.
Amalan seperti ini disebut fraternal polyandry, adik beradik dari satu keluarga berkahwin dengan perempuan yang sama. Biasanya, pernikahan seperti ini bermotif tradisi dan ekonomi.Bagi kebanyakan orang, cara seperti ini memang salah, namun tidak bagi dua ratus orang yang tinggal di desa tersebut. Kebanyakkan mereka mengamalkan tradisi ini termasuklah Kundan dan Amar.
Kampung ini terletak di sebuah bukit setinggi hampir 180 meter. Sebahagian besar penduduknya hidup bercucuk tanam. Di wilayah yang terpencil dan sempit ini membuat mereka sukar untuk keluar apalagi untuk mencari isteri dan membahagikan harta. Jadi, daripada mencari isteri dan membahagikan harta warisanlebih baik  mereka  menikah dengan perempuan yang sama. Dengan begitu, tanah warisan tidak terbahagi-bahagi lagi.
Indira Devi, mengaku hidup dengan dua suami bukan perkara mudah. “Kami sering bertengkar,” katanya. Sama seperti keluarga lain, pertengkaran mereka biasanya kerana masalah hidup. “Biasanya memang masalah sehari-hari, seperti mengapa kamu tidak melakukan ini atau itu,” katanya.
Hal yang membuat mereka selalu bersetuju bersama adalah punya anak. Dengan Kundan dan Amar, Indira memiliki tiga anak, dua laki-laki dan satu perempuan. Bagaimana dengan kehidupan seks mereka? “Kami membuat shift, bergilir setiap malam. Kalau tidak begitu, tak akan berjalan baik,” kata Kundan.
“Agar kehidupan berkeluarga berjalan dengan baik, kami harus melakukannya.Kami boleh melakukan dengan baik supaya tidak ada yang berkecil hati”ujar Amar
Ketika ditanya ayah kandung setiap anak, Amar dan Kundan mengaku tidak tahu. Anak-anak mereka pun tidak peduli. “Sama saja kerana ibu dan ayah adalah dewa bagi saya,” kata Sunita Singh Pundir, 17, anak perempuan keluarga itu.
Anak pertama dan ketiga Pundir yang lelaki ingin meneruskan tradisi tersebut. “Tentu saja,” kata Sonha, anak tertua. Dia dan adik lelakinya mengatakan sudah membicarakan itu dan akan segera menikah dengan perempuan yang sama. Namun tidak demikian dengan Sunita. Dia menegaskan tak ingin meneruskan tradisi itu. “Saya ingin punya satu suami saja,” sahutnya.
Hanya, ketika dihadapkan pada cinta dan tradisi, Sunita mengaku memilih tradisi. “Saya tak akan pernah meninggalkan tradisi meski harus mengabaikan cinta. Saya tak akan merendahkan martabat orangtua dan saudara lelaki saya,” lanjut Sunita.
Biasanya, pernikahan seperti itu sudah diatur dan rata-rata para perempuan di desa itu juga memiliki dua suami. Bahkan ada yang punya tiga atau empat suami, bergantung pada jumlah adik beradik yang dimiliki keluarga suami mereka.
Fraternal polyandry sebenarnya tindakan yang melanggar hukum di India, walupun secara sosial dapat diterima bagi sebahagian masyarakat di sana. Tak ada satupun pejabat pemerintah yang terganggu dengan para penduduk yang melanggar hukum itu. “Sudah terjadi sejak lama. Saudari tiri saya juga punya dua suami, begitu juga dengan ibu tiri saya,” kata Indira.

Friday, July 13, 2012

Misteri Serigala Jadian

Misteri Serigala Jadian: Pada tahun 1573, seorang lelaki Perancis yang bernama Gilles Garnier telah dibakar hidup-hidup selepas lebih daripada 50 orang saksi melihat ...

Pembongkaran Misteri Penjara Pudu

Pembongkaran Misteri Penjara Pudu: Misteri Penjara Pudu, Kuala Lumpur



Kisah ini terjadi di penjara Pudu dan baru disebarkan untuk menjadi pengajaran kepada semua orang. Penjara ...

Botak Chin Maut Di Tali Gantung

Botak Chin Maut Di Tali Gantung: Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin ...

SUBHANALLAH!! Keajaiban Berlaku Di Bumi Gaza.

SUBHANALLAH!! Keajaiban Berlaku Di Bumi Gaza.: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mat ingin berkongsi kisah-kisah keajaiban yang berlaku di negara saudara sesama Islam kita iaitu di Gaza.Al-Kisah ...

Thursday, July 12, 2012

Tembelang tujuh 'muslihat'

Tembelang tujuh 'muslihat'
POLITIK adalah seni pengurusan angka, persepsi dan permainan propaganda. Dalam mana-mana parti di seluruh dunia atau peringkat antarabangsa, mereka mempunyai strategi tertentu dalam konteks untuk mempengaruhi sikap, pendirian, pemikiran rakyat yang mereka dampingi.  Dalam konteks meneroka 'strategi' parti-parti pembangkang di negara ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan berterus-terang mengenai politik semasa tanah air.


"Dalam konteks memahami strategi parti pembangkang di Malaysia, kita tak boleh mengasingkan strategi parti dengan strategi individu tertentu khususnya Anwar Ibrahim.
"Ini disebabkan strategi pada pandangan umumnya adalah strategi yang didasari oleh pemikiran-pemikiran politik baru yang dicanangkan oleh ketua pembangkang itu," kata beliau dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur. Fuad membahagikan pengamatan beliau kepada elemen strategi berikut. Ia, kata beliau untuk renungan dan penilaian rakyat yang diakuinya kini matang dalam mengikuti perkembangan politik tanah air.


1. Strategi terus kepada rakyat
- Ini bermakna dia berkomunikasi langsung dalam bentuk bersemuka atau tidak langsung dalam media sosial, media elektronik yang dikuasai serta media cetak yang dikuasai bagi maksud menyampaikan mesej dalam bahasa dan perbandingan yang mudah kepada rakyat.
Dalam konteks ini, umum tahu bahawa ketua pembangkang mempunyai 'keistimewaan tersendiri' khususnya dari segi penguasaan bahasa dan juga ideologi serta hubungan awam serta 'pengurusan pentas yang bijak'.
Sama ada beliau berada di dalam mahkamah ataupun luar mahkamah ataupun dalam media cetak atau media sosial, mesej yang hendak disampaikan adalah kepada rakyat. Dan bukannya kepada hakim, akhbar dan kepada penonton tv yang terbatas.
Itu sebabnya kadang-kadang dia tidak menjawab soalan-soalan mahkamah. Dia tidak menjawab soalan-soalan para hakim kepadanya. Tetapi dia menjawab 'apa yang rakyat mahu dengar'.


2. Dikambinghitamkan
- Dalam konteks ini UMNO yang selalunya menjadi 'scapegoat' atas apa sahaja isu masyarakat. Sama ada sampah, longkang, isu tanah ataupun isu pegawai kerajaan yang kecewa ataupun isu kemalangan jalan raya, maka semua dikatakan ini perbuatan UMNO.
Strateginya adalah megambil kesempatan pada ruang dan peluang untuk menghasut rakyat merasai kecewa atau marah kepada pemimpin.
Lumpuhnya UMNO bererti lumpuhnya BN. Sebab itu fokus tumpuan serangan yang diberikan haruslah kepada UMNO dan UMNO dijadikan 'kambing hitam' dalam setiap kesalahan umum dan kekecewaan rakyat dalam apa jua isu.


3. Seruan mengikut pihak majoriti
- Setiap pihak khususnya 'parti yang berkenaan' sering ingin menggambarkan mereka berada di pihak majoriti. Pertama, melalui meramaikan jumlah pendengar atau penonton ceramah. Yang kedua, memujuk ikon-ikon masyarakat yang kecewa seperti artis, bekas pegawai kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat yang berpengaruh untuk menunjukkan satu gelombang peralihan kepada kumpulan mereka. Itu sebabnya akhir-akhir ini kita dapat melihat ramai artis dipujuk untuk menyertai ceramah-ceramah mereka.
Jadi, apa yang patut dibuat? Yang patut kita buat sebenarnya ialah tunjukkan lebih ramai lagi orang berpengaruh yang berada di pihak kerajaan. Mereka ini harus diberikan perhatian, diberikan tumpuan. Kebanyakan orang lama ini adalah orang yang sudah berjasa, sudah melalui zamannya dan mereka ini memberikan sumbangan kepada kerajaan.
Jadi, sekiranya kerajaan tidak melihat kepada mereka, sudah tentulah mereka akan mencari platform yang lain. Tolong jaga kumpulan ini.


4. Kenyataan memukau
- 'Mereka' memberikan janji dan harapan yang dilihat macam praktikal dan logik. Tetapi sebenarnya palsu. Antaranya, memberikan harapan kepada rakyat dengan pelbagai janji seperti menurunkan harga barang dan harga minyak walaupun tidak mengambil kira pasaran dunia. Walhal tidak pula dibicarakan tentang soal bagaimana mencipta kekayaan dan bagaimana mendapatkan pertumbuhan negara.
Yang dibicarakan adalah pengagihan... pengagihan...pengagihan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa rakyat sekarang ini sudah dipasak dengan pemikiran rasuah.


5. Serangan berterusan
- Strategi ini banyak rakyat dapat lihat. Bertalu-talu, bertubi-tubi dan berfokus khususnya kepada ketua pimpinan, dalam konteks ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran yang pelbagai. Dalam kes-kes tertentu isu dicipta seperti kes pembunuhan wanita Mongolia.
Najib yang semasa itu masih menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada malam 22 Ogos 2008 telah melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Walau apa pun Perdana Menteri buat, tetapi oleh kerana konsep 'kambing hitam' dan serangan bertubi-tubi, imej negatif berkenaan masih terpalit. Antaranya, ciptaan 'pengurusan pentas antarabangsa' seperti Mahkamah Perancis dan peristiwa Suaram berjumpa wakil pegawainya di Thailand (isu kapal selam Scorpene).
Ini memang 'seni' pakatan pembangkang. Ketua Pembangkang juga sering kali berlagak sinis dan membuat lawak jenaka terhadap ucapan-ucapannya sendiri sehingga membuatkan orang tergelak dan sebagainya.
Dan mesej yang menyebabkan orang ketawa dan tergelak ini mudah diterima oleh masyarakat walaupun serangan yang begitu keterlaluan dan bertubi-tubi ini sudah banyak kali didengar oleh masyarakat. Ada tanda-tanda, sekarang masyarakat sudah kurang ambil kisah tentang tuduhan-tuduhan itu kerana apa-apa perkara pun kalau keterlaluan, masyarakat Melayu yang mempunyai nilai dan budaya sendiri akan menolaknya.


6. Kesaksian
- Ini digunakan bagi maksud untuk menangkis tuduhan-tuduhan mahkamah terhadap diri individu berkenaan yang digunakan oleh ketua pembangkang yang kemudiannya menjadi amalan kepada pengikutnya. Iaitu menggunakan seseorang atau lembaga untuk mendukung atau mengecam sesuatu tuduhan iaitu dengan cara menggunakan pakar atau ahli atau saksi langsung dalam kes-kes mahkamah.
Contohnya, sekiranya sesuatu kes dibicara dengan membawa pakar forensik atau hakim tertentu dari dalam negara, maka 'dia' akan 'counter' dengan membawa pakar forensik dan bekas-bekas hakim supreme council dari luar untuk mewujudkan dua pandangan yang berbeza. Yakni, tidak ada satu pendapat yang mutlak.
Malah, ada juga dengan cara agama khususnya mengambil pendapat ulama-ulama luar. Dr. Yusof al-Qhardawi contohnya, boleh digunakan bagi maksud memberi prinsip-prinsip umum menurut hukum Islam walaupun orang berkenaan mungkin tidak mengetahui perincian tentang peristiwa yang berlaku dalam satu-satu kes.


7. Pendekatan pertentangan kelas
- Pakatan pembangkang merupakan gabungan longgar pelbagai ideologi politik bagi maksud jangka pendek menawan Putrajaya. Dalamnya masih tersirat agenda kaum dan agama yang ekstrem dan tersembunyi. Penyusupan parti sosialis dalam pakatan itu terlibat dalam penonjolan pendekatan pertentangan kelas yang menjadi cara terbuka. Mereka mengapi-apikan rakyat dengan membuat perbandingan kekayaan, pangkat dan kedudukan.
Misalnya menanam kebencian rakyat terhadap golongan kaya (kekayaan dikaitkan dengan kronisme dan rasuah) dan menanam kebencian kepada feudalisme seperti institusi raja-raja. Pendekatan seperti ini pernah meruntuhkan banyak dinasti dan kerajaan beraja pada masa lampau.
Fuad berkata, ada banyak lagi 'strategi' yang digunakan pakatan pembangkang. Dan apa yang patut dibuat ialah ia harus dijawab oleh tuan punya diri terlebih dahulu sebelum dibantu oleh orang lain.
"Sekiranya tuan punya diri menjawab, barulah orang lain boleh bantu. Tapi kalau tuan punya diri mendiamkan diri, perkara itu sukar untuk pihak-pihak lain membantu," katanya.- utusan.com.my

Wang kertas baru



12 Julai 2012


Wang kertas baru

 Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.



“Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.


Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.




bloger uncleseekers




Pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas (www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim).


Syed Abdullah, 46, ditahan polis bersama wanita berumur 26 tahun terbabit di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, 4 Julai 2012 berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Wednesday, July 11, 2012


KENAPA PAS TAK SURUH DAP & PKR TUKAR DASAR UNTUK BERSATU DENGAN PAS?

Tak habis2 PAS menyalak suruh UMNO tukar dasar perjuangan! Pas pernah kata, kalau nak bersatu dengan PAS, maka UMNO kena tukar dasar perjuangan kebangsaan mereka dahulu", lebih kurang begitulah syarat yg dikenakan PAS hanya untuk muzakaran tentang ummah dengan mereka. Hebat sungguh PAS ini! Syarat mereka itu bagaikan berbunyi "kalau nak bersatu dengan kami, UMNO mestilah ubah diri jadi macam kami yg tersangat Islam, warak, berakhlak mulia dan sangat tinggi imannya"! Begitu bongkak dan takbur sekali PAS untuk harga sebuah "penyatuan umat Islam" di Malaysia?

PAS meletakkan syarat kepada UMNO untuk mengubah dasar perjuangannya dan mengikut dasar Islam. Kita ingin sangat nak bertanya kepada Nik Aziz, pada Hadi Awang, pada Husam, pada Nasarudin, pada Nasrudin Tantawi atau pada Mat Sabun, pada semua Dewa Ulama' PAS dan kepimpinan PAS yg tertinggi...

APAKAH DAP DAN PKR ITU MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM? KENAPAKAH PAS SANGGUP BERSATU DENGAN DAP DAN PKR YG TERANG2 TIDAK MEMPERJUANGKAN DASAR ISLAM? MENGAPAKAH UMNO YG MELETAKKAN DASAR DAN KEMULIAAN ISLAM DIPERINGKAT TERTINGI DALAM PERJUANGANNYA DIANGGAP MUSUH OLEH PAS?

Ini yg amat membinggungkan, atau Pas sememangnya benggong. Dimanakah PAS meletakkan akal fikirannya? Dimanakah PAS meletakkan penilaian akal fikiran yg waras sebagai sebuah parti yang mengaku Islam? Apakh PAS berfikir ketika meletakkan syarat sebegitu kepada UMNO untuk membayar harga sebuah perpaduan umat Islam di Malaysia?

PAS sungguh "buta"! PAS sungguh angkuh! PAS sungguh biadap! Yg paling tepatnya, PAS sememangnya tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya mengenai Islam. Pada PAS, Islam itu hanyalah "topeng". PAS bijak berlakon dihadapan penyokongnya. PAS bijak untuk menagih simpati. Kononnya "jihad", padahal mereka telah bermain perang phsykologi untuk memanipulasi Islam sebagai "umpan" politik mereka! PAS hanya sebuah parti dan bukannya agama...sekarang PAS berpakat dengan DAP dan PKR- apa jenis perjuangan Islam berpakat dgn parti KAFIR DAP..apa jenis...Mana dia ISLAM.....

Tidakkah PAS sedar bahawa "syarat" mereka itu telah "makan tuan"? Laporan pernah mendedahkan bahawa PKR dan DAP berdekah2 mentertawakan "kesetiaan" PAS yg "buta" terhadap mereka. PKR dan DAP kembang kempis hidung mereka mentertawakan tok2 lebai PAS yg senang diperdayakan. PKR dan DAP begitu "lega" dengan "kebendulan" PAS yg ternyata begitu mudah di"perkuda"kan!

Pastinya PAS takkan percaya dan tidak akan mendengar apa yg kita sampaikan kepada mereka tentang apa pandangan "tersirat" DAP dan PKR tentang diri mereka. PAS kata kita berdusta! PAS kata kita "jealous"! Mereka hanya menipu diri mereka sendiri. Cubalah katakan bahawa dakwaan ini datangnya dari satu badan bebas yg begitu PAS sanjungi, pastinya PAS akan percaya. Namun, PAS percaya atau tidak, kita sekali lagi ingin mengatakan bahawa PAS memang dibodohkan untuk terus setia dan percaya pada PKR dan DAP!

Perbezaan dasar perjuangan PAS dengan PKR adalah sangat ketara. Perbezaan di antara PAS dan DAP pula sangat kontra! Bagai langit dengan bumi. Namun, PAS tidak pernah memaksa DAP dan PKR untuk mengubah dasar perjuangan mereka untuk bersatu! PAS begitu rela sekali bersatu dengan PKR dan DAP walaupun dasar perjuangan mereka sangat berbeza dan bertentangan sama sekali! Namun, dengan UMNO yg perjuangannya ada mirip2 PAS dibuat musuh pula Dikatakan pula UMNO munafik dan sebagainya.

Kita puji sikap, akhlak dan kesabaran Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yg masih begitu sabar dan komited tentang penyatuan yg menjadi impian seluruh umat Islam di Malaysia ini. Mereka berdua sanggup bersabar, malah sanggup untuk tidak meletakkan apa2 pra-syarat untuk duduk semeja berbincang mengenai perpaduan ummah ini. Tapi PAS tidak bersungguh2 malah mengutuk dan mencaci UMNO ...maka melalak  melolonglah para penyokong PAS kerana terpengaruh dengan pemimpin PAS...

Itu sikap Presiden UMNO dan Timbalannya. UMNO tidak punya "mursyidul am". Tapi apa pula kata "mursyidul am" parti yg mengaku "sangat Islam" ini? Begitukah sifat akhlak seorang "mursyidul am" parti yg "sangat Islam"? Kita pinta dan pohon kepada Allah swt sahaja supaya diberikan sedikit cahaya "hidayah"Nya kepada insan yg "konon"nya menjadi "penunjuk umum" PAS ini. Bukan apa, hatinya sangat "hitam" gelemat..!!

Monday, July 9, 2012

Dimensi Baru Felda


Dimensi baru Felda


SABTU lalu, sahabat saya seperti kebiasaan pulang ke tempat kelahirannya di sebuah tanah rancangan Felda yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur.
Ketika mula-mula masuk ke kawasan tanah rancangan itu, tiada apa yang luar biasa kerana papan tanda besar daripada kayu dengan logo bulan purnama dan latar belakang hijau masih lagi terpacak, walaupun sudah usang dan dipenuhi lumut.
Tetapi apabila sampai ke rumah, dia terkejut besar setelah dimaklumkan bapanya yang merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang telah ke Kuala Lumpur dengan menaiki salah satu daripada tiga bas yang disediakan pengurusan Felda bagi menghadiri majlis perasmian menara baru syarikat itu.
Riak-riak perubahan sikap bapanya, sebenar telah dapat dihidu beberapa minggu lalu semasa pulang ke kampung, apabila bapanya secara tiba-tiba menyebut "Itu duit Najib" apabila dia bertanya tentang ruang tambahan dapur rumah yang sedang dibina.
Duit durian runtuh sebanyak RM15,000 yang diterima para peneroka, isteri dan anak-anak adalah hasil daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) ke Papan Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Dagangan pertama pada tarikh itu turut menyaksikan saham FGV melonjak sebanyak 84 sen kepada RM5.39 sesaham.
Penyenaraian tersebut yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook Inc. serta terbesar di Malaysia sejak 2010 jelas membuktikan bahawa FGV telah memasuki satu dimensi baru untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf global.
Felda menerusi FGV bukan lagi syarikat perladangan biasa yang hanya meneroka tanah untuk penanaman kelapa sawit dan getah sebaliknya telah bertukar menjadi antara 10 syarikat perladangan gergasi dengan pelbagai produk hiliran berasaskan komoditi itu.
Syarikat itu dijangka akan dapat berkembang dengan pesat, apabila wang yang diperoleh daripada penyenaraian itu akan digunakan untuk modal perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan, keupayaan, pembelian ladang, perluasan aktiviti hiliran dan keperluan modal kerja.
Pada sebelah malamnya, kira-kira pukul 8.45 malam, ibu dan adik-adiknya turut terpaku di depan kaca televisyen menyaksikan majlis perasmian Menara Felda baru yang disiarkan secara langsung oleh TV3.
Menara 50 tingkat yang terletak di segi tiga emas di ibu kota dapat disiapkan lebih awal walaupun mengikut perancangan awal hanya boleh diduduki pada 2014.
Reka bentuk menara yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas diilhamkan daripada bentuk biji kelapa sawit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan menara berkenaan memberi jaminan kerajaan akan terus menjana kekayaan Felda bagi memastikan kesenangan peneroka pada masa depan.
Beliau berkata, kewujudan menara di tengah ibu kota menjadi bukti transformasi serta lonPenipuan paling utama pihak sebelah sana (pembangkang) dan 'makhluk perosak' ialah mereka kata Felda akan bankrap jika disenaraikan, tapi mana mungkin organisasi bankrap boleh disenaraikan di bursa sahamjakan berganda badan itu selaras dengan kemajuannya.
Katanya, pembinaan menara itu juga yang turut menerima Anugerah Hartanah Asia Pasifik membuktikan Felda tidak bankrap seperti tohmahan pihak tertentu.
"Kos bangunan ini adalah RM700 juta, tapi hari ini, nilai semasanya adalah RM965 juta. Belum masuk (duduki) sudah untung RM265 juta. Bukankah ini satu keputusan yang menguntungkan," ujarnya.
Mengulas mengenai penyenaraian FGV baru-baru ini, beliau berkata, ia adalah keputusan tepat dan menguntungkan.
"Penipuan paling utama pihak sebelah sana (pembangkang) dan 'makhluk perosak' ialah mereka kata Felda akan bankrap jika disenaraikan, tapi mana mungkin organisasi bankrap boleh disenaraikan di bursa saham," katanya.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan menambah imbuhan kepada para peneroka pada masa akan datang, selain daripada RM15,000 yang diberikan kepada setiap keluarga peneroka seperti diumum baru-baru ini.
Menurut beliau, ini kerana Felda mempunyai dana terkumpul yang banyak serta boleh diagihkan pada bila-bila masa.
"Tetapi kita tunggu dulu, tengok sama ada tuan-tuan dan puan-puan baik kepada kita," katanya secara berseloroh.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penyenaraian FGV dan perasmian menara baru berkenaan, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Shamsudin Osman berkata, semua peneroka perlu bersabar dan memberikan sepenuh keyakinan kepada pentadbiran Felda.
Beliau berkata, mereka juga harus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri yang telah menunjukkan kesungguhannya untuk melakukan transformasi terhadap Felda.
"Ini merupakan sejarah kepada Felda dan dalam tempoh 50 tahun akan datang kita berdoa supaya ia terus maju seperti mana yang diimpikan oleh Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap meminta para peneroka yang propembangkang supaya menilai kembali pendirian mereka.
"Dengan penyenaraian FGV dan perasmian menara baru Felda membuktikan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri telah memberi manfaat kepada peneroka.
"Ini membuktikan tohmahan yang dibuat pihak pembangkang selama ini mempunyai agenda jahat dan tidak benar sama sekali," ujarnya.
Tambah beliau, semua peneroka seharusnya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib bagi membolehkannya membawa Felda dan FGV menjadi syarikat konglomerat terbesar dunia.

Beza Sistem Demokrasi Dan Sistem Syura
FATHUL BARI 
Idea liberalisme telah dikembangkan Barat dan diresap dalam pemikiran umat Islam. Liberalisme ini lahir daripada sistem demokrasi yang tulen. Sistem demokrasi ini juga digunakan di Malaysia untuk mengatur kehidupan rakyat.

Jadi adakah layak sistem demokrasi ini digunakan untuk mengatur urusan umat Islam sedangkan al-Quran dan Sunnah itu ditolak ke tepi? Perkara ini sangat pentingsebab istilah demokrasi ini tidak pernah wujud dalam sejarah Islam dan khilafah.

Tiba-tiba setelah kemunduran umat Islam dan kejatuhan Khilafah  Uthmaniyah, sistem demokrasi masuk dan digunakan kebanyakan wilayah umat Islam. Sistem demokrasi bukanlah sistem Islam dan tidak boleh dikaitkan dengan sistem syura.

Sistem syura yang dipraktikkan pada zaman Nabi SAW adalah berbeza. Oleh kerana Allah SWT menyebut di dalam al-Quran, maksudnya: “Urusan mereka (diputuskan) dengan syura di antara mereka.” (Surah Asy-Syura : 38) ALLAH SWT memerintahkan kita untuk melakukan syura.

Syura bermaksud mesyuarat atau perbincangan. Disebut dalam hadis, perbincangan ini terdiri daripada orang yang cerdik pandai dan berilmu. Untuk perbincangan agama memerlukan ahli syura yang menguasai ilmu seperti syarie, al-Quran, hadis, fiqah dan bahasa Arab, barulah dia layak menjadi ahli majlis syura.

Demokrasi bukan sistem Islam. Demokrasi adalah sistem yang berasaskan suara majoriti dan bergantung kepada pemikiran dan hawa nafsu manusia. Pilihan dibuat mungkin berdasarkan rasa suka, hubungan keluarga, membalas budi atau kepentingan tertentu.

Hal ini berbeza sama sekali dengan kaedah syura di dalam Islam. Ahli majlis syura yang memilih pemimpin hendaklah daripada kalangan orang yang adil, berilmu dan beramal dengan agama, serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Mereka inilah yang layak memilih. Itu asas dalam Islam yang tidak boleh diubah.

Kita kini duduk dalam sistem demokrasi. Adakah ini bermakna kita harus menerima apa sahaja yang datang daripada sistem ini seperti demokrasi mutlak di negara Barat contohnya Denmark?

Sehingga menyebabkan wujud di sana pelacuran terbuka, bertelanjang sesuka hati di mana-mana atas nama hak asasi. Adakah ini yang kita inginkan?

Kita berkeinginan mengubah sistem ini. Moga-moga ALLAH berikan kita kekuatan, memudahkan urusan agar sistem ini diubah suatu hari nanti kepada sistem Islam yang adil dan telus.

Cuma sepanjang berada dalam sistem ini, kita hendaklah meminimumkan kemudaratan yang datang akibat sistem ini yang bergantung kepada hak dan nafsu manusia, dan bukan pada pemilihan yang betul. Sebab itulah kita perlu meminimumkan keberadaan kita dalam demokrasi.

Bagaimana caranya? Kaedah Islam iaitu “addharurah tuqaddar biqadariha” (darurat itu diukur dengan kadarnya). Sebaik habis darurat kita hendaklah kembali kepada asal. Saya selalu menggunakan analogi ini sehingga ada sebahagian orang mengolokolokkannya.

Tetapi ini analogi yang tepat untuk difahami. Kita terperangkap di dalam hutan dan kehabisan makanan melainkan yang ada pada masa itu hanyalah seekor babi. Kalau tidak makan babi tersebut akan menyebabkan kita mati atau memudaratkan maka kita terpaksa tangkap dan makan babi itu, tetapi tidak boleh memakannya sehingga kenyang.

Apabila habis mudarat maka kembali kepada hukum asal iaitu babi itu haram dimakan. Begitu juga dengan demokrasi yang perlu kita berusaha meminimumkannya. Apabila hendak memilih, pilihlah orang yang adil, dan bermanfaat kepada masyarakat setempat. Apabila memerintah, memerintahlah dengan adil.

Kita boleh cuba meminimumkannya setakat mana yang kita mampu. Mengenai isu undang-undang perlembagaan al-Quran dan Sunnah, ya kita perlu meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah itu sebagai sasaran dan usaha untuk kita bergerak ke arahnya.



Imam Al-Ghazali mengatakan
6 Nikmat Dunia yang dikejar Manusia Siang Malam
Pertama; Yang Dimakan – madu lebah-yang datang dari mulut lebah
Kedua; Yang Diminum- air manusia yang baik pun minum yang jahat pun minum
Ketiga; Yang Dtunggang-Kenderaan berapa yang mati kerananya
Empat; Yang Dipakai-  Pakaian yang terbaik adalah dari sutera- daripada sarang Ulat
Lima; Yang Dicium- wangi-wangian –Kasturi- dari darah kijang
Enam; Yang Dicinta- Perempuan atau Lelaki-
Kata Imam Al-Ghazali yang dicari pada lelaki dan perempuan hanyalah tempat kecingnya sahaja.
Kenapa diletak dunia ditempat yang lebih tinggi sedangkan akhirat itu yang lebih baik.

Mencari identiti bangsa Malaysia


Mencari identiti bangsa Malaysia
RIDHUAN TEE ABDULLAH
9 Julai 2012
Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India daripada orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Namun, saya katakan, tidak semua bukan Melayu sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk sekolah jenis kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.

Malangnya, masih ramai tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-ratanya terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk ‘mengasimilasikan’ diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diuar-uarkan?

Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu fahami sejarah dan pergunakan kebebasan diberikan.

Terus terang, walaupun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Jika dibandingkan orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.

Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini diadunkan dengan pemikiran Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC seperti di Hawai’i berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semua pendatang adalah peneroka.

Ada kalanya peneroka datang untuk tinggal, dan mengasaskan politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap.

Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau Bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi Mara. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau Mara, tidak ada masalah untuk menerima institusi bukan Melayu. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?

Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara yang jelas termaktub dalam Perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?

Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri - hidup dalam tempurung sendiri. Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti, tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.

Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan Perlembagaan?

Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga tidak diterima  jika berhijrah ke tempat asalnya.

Sedangkan permintaan dan desakan mereka dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan ke mana-mana. Kita hanya banyak membuang masa melayan kerenah itu dan ini terutama apabila menjelang pilihan raya.

Mungkin selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk sekolah agama atau institusi Bumiputera seperti matrikulasi, Mara dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada. Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh agamanya yang meraikan orang lain.